Archive for October, 2006

Air Mata Kehidupan..

Sunday, October 29th, 2006

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..dan bersamalah kita menghayati kisah ini…

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar. "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya. "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. "Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "Air Mata Kehidupan."

Jatuh Cinta Buat Kali ke 2..

Monday, October 16th, 2006

Lalallalla.. ku jatuh cinta sekali lagi dengan si cantik berpipi merah (Zayna Humairaa). tepat 11.13 pm 21 Sept 2006, lahir le anak umi yang tersgtla comel. hilang rase kesakitan bile terpandang matanye yang tgh blur2 melihat dunia yang penuh pancaroba ini. selamat jek lahir, nurse letakkan kat atas dada, kanggaroo care nama cara ini. mase tu, dah tak rase sakit dah. abang yang dok kat sebelah tersgtla excited. pastu abang azan n qamatkan kat telinga anak dara nye yang baru lahir. Alhamdulillah semua ok..

sakit bersalin?? emm tak leh nak citer, tak dpt nak describe sakit tu camana. dalam 20 jam gak la menahan sakit yang teramat sakit untuk lahirkan humairaa. setiap detik kesakitan tu masih terbayang2 lagi. biarla pengalaman itu menjadi kenangan terindah untuk lahirkan humairaa.. terima kasih buat abi yang setia di sampingku. kalo la ade award yang boleh umi bagi kat abi, kalo la bintang di langit boleh digapai, chewahhh ayat baikkkkknye.. daku sanggup bagi pada abi yang sabar melayan setiap karenah ku masa kat waiting room n labour room. tapi kat labour room sekejap jek doknye coz umi ni dah tak tahan nak jumpe humiraa, masuk 11.02 pm, pukul 11.13 pm humairaa dah selamat lahir. abangla tukang bagi semangat soh push n ajar cara pernafasan yang betui. terima kasih abang, kasih n kesabaran mu amat tinggi nilainye..

hari ni humairaa dah masuk 26 hari. mase lahir berat humairaa 2.950 kg n tinggi 49 cm, semalam mase pegi check beratnye dah naik 4.015 kg n tinggi 54 cm. Alhamdulillah, baby membesar dengan jayenye. syukur sgt coz humairaa pun tak byk karenah n ragam. malam2 best jek tido. bgn nak menyusu pun tak menangis just anak umi ni suke wat bunyi2 kejutkan umi soh susukan die. dptla umi rest ngan secukupnye mase pantang ni. pantang?? hehhe, takdela pantang pun. taknak manja2. kesian kat abang. keje rumah pun semua dia yang buat. beli barang dapur pun dia yang kuar shopping sengsorang. abang byk sgt membantu. thanks.. kembang idung abang ni puji die meleret.. bodek ni.. pas pantang ni nak kuar makan2 yang besh2 tau..

sekarang humairaa tgh syok tido ngan abi. emm, indahnye dunia bile kite lihat orang2 yang kite sayang selamat n berada di depan mata. semoga ianye berkekalan, Amin.. pasal family kat mesia plak, emm derang semua excited nak tgk orang baru ni. tapi nak wat camana, jaraknye jauh. mama dah bape kali nangis soh balik. dia nak dtg takde cuti. katenye nak dtg bln 12, tapi rasenye tak payahla coz bln 12 winter. kang tak tahan sejuk. takpela mama, nanti kami balik. InsyaAllah bln 3 tahun depan.

kepada semua kengkawan plak thanks 4 wish, moral support n semua petua nenek moyang yang korang kasik. thanks gak yang kasik present kat baby. mehla datang umah dukung2 baby. nanti kami wat open house mase raye datangla reramai ek. okla dah penat dah tulis, dah lama tak update blog ni. tak sempat nak update coz mase anak tido, mak baby pun tido. mase anak jaga kene jaga anak plak. (’o') hohooho.. dah jadik mak orang dah aku. rase cam tak percaye sekarang dpt pegang anak sendiri. tak sabar nak tengok zayna humairaa membesar. nanti leh jadik my best buddy. leh ajak pi jenjalan n shopping. sori abi, umi dah dapat best friend baru yang tersgtla cute.