Archive for November, 2006

2 Months..

Wednesday, November 22nd, 2006

lamanye tak mengupdate blog ni. bz la katakan sejak jadi mak orang ni. bz menidurkan anak n diri sendiri.. hehehhe.. hari ni humairaa dah 2 bulan 2 hari. berat pun dah 5 kg dah. dah pandai senyum n mulut makin bising. ada la gak orang nak layan umi ni menyembang.

1st time dengar die mengomel sengsorang cam tak caye jek. mase tu tgh masak. masa tu letakla humairaa main sengsorang atas bed dia tu. pastu tetiba terdengar suara orang mengomel. panjang plak tu. suara anak aku ke tu.. hehhehe.. try intai kat pintu bilik. aikk senyap plak dia. samb balik masak. pastu dengar balik. intai lagi. senyap balik plak dia. 3rd time dok intai baru terkantoi.. heheheh suara anak umi rupenye. dok nyembang ngan sapa entah. kata orang tua, baby leh tgk benda yang kite takleh tgk. kata orang tua lagi, baby kalo dok cakap n senyum sengsorang tu adik2 dia n bidadari yang dok agah kan.. entahla.. tapi happy sgt mase tu. bermula saat tu la mulut anak umi ni bising jek. buka jek mata mesti bising dok kejutkan uminye bangun. Alhamdulillah, makin hari makin cerdik.

tido pun dah makin best sekarang ni. makin lama humairaa tido memalam. so dptla umi ni rehat ngan secukupnye. hari tu suke letakkan humairaa tido kat sebelah. sampai sakit2 badan umi dok menyempit. pastu abi dok bebel nape tak letakkan anak tu kat katil dia. penat jek abi beli mahal2. abi dah start membebel. pastu ckp kat abang cam tak best jek tido jejauh ngan anak. ala, cam jauh sgt. padahal dok sebelah katil jek. pastu abang ckp kalo tak ajar anak sekarang tido atas katil dia nak ajar bila. kang sampai besar dia nak tido camtu. betul gak kata abang. tapi rase tak best gak. tapi last2 letak gak humairaa tido atas katil dia. dah 2 minggu dah dia tido atas katil dia. best jek tgk dia tido.

semalam call along, dia tgh dok sakit2 perut nak bersalin dah tu. anak ke 5. tapi dia kata anak ke 5 pun still lagi dok gerun nak masuk labour room. ishhh.. terbayang mase tgh sakit2 nak lahirkan humairaa dulu. memang patut pun camtu. walau byk kali bersalin pun mesti rase takut kan. saye doakan along selamat lahirkan baby boy. cian along, anaknye dah 3 laki sorang girl. ingat nak dpt baby girl tapi dok scan maybe boy. mana2 pun takpela kan. janji selamat. lambat lagi la leh jumpe anak sedara baru ni. dah balik kang mesti dah besar sikit.

emm mata humairaa sehari dua ni makin baik. mintak2 la sembuh terus pasni. cuaca plak makin sejuk sekarang ni. takut gak tak tahan sejuk. lagi takut bile terpikirkan anak. tapi bile dok pikir dia lahir kat sini so maybe dia dah biasa sejuk2 camni. bawak dia keluar jenjalan pun dia ok jek. kata abi anak jepun betui la. abi pun tak tahan sejuk, humairaa maintain jek. humairaa ni suke sgt jenjalan. asal naik kete jek senyap la dia. mata dok meliar tgk sekeliling. asal kete stop kat traffic light mule la dia gelisah. hehheheh. nak gi shopping pun senang. senyap jek bile letak dlm baby car. senang la kang nak bwk dia gi jenjalan. tapi pokai la umi. dah jumpa dah port kedai baju yang lawa2 n murah. cute2 sgt baju baby girl. geram umi tgk, kalo boleh nak angkut satu kedai. heheheh. tak sabar nak tunggu rambut humairaa panjang, kang lehla umi tocang2 kan rambut tu. letak sepit yang cute2 tu. adoiii.. botakla kepala abi kang. terima kasih ye abi coz berikan yang da best untuk kami. terima kasih daun keladi…

Rezeki Anak..

Tuesday, November 7th, 2006

selamat hari raya, maaf zahir batin. hari ni 16 syawal, tak terlambat rasanye nak wish hari raye. 1st time berhari raye di perantauan bersama suami n anak. pengalaman baru ni. suka di dalam duka.. hehehe, dari jauh ku pohon ampun maaf. hari ni gak humairaa dah 48 hari. pantang pun dah lepas. tapi pantang ke aku ni?? hehehe.. humairaa pun dah besar. dah pandai senyum n pandai mengomel sengsorang dah. bile cakap ngan die pun dah ader respons yang sgt baik. sayang anak umi..

hari jumaat lepas buat sedikit majlis kesyukuran untuk anak. terima kasih pada yang datang. terima kasih pada yang tolong masak2. import jauh tukang masak tu. (’o') nanti kalo ader rezeki lagi buleh wat kenduri lagi. banyak sungguh humairaa dapat hadiah n duit raye. terima kasih yek. tu la rezeki anak namanye. duit anak, parent tak boleh pakai tau. so, kami simpan duit tu untuk kegunaan die. nanti bolehla wat shopping baju humairaa ek sayang.

kesian anak umi ni, mata kanan asyik berair jek. dah 3 kali pi jumpe pakar mata. dah 2 kali matanye kene cuci. sensei cakap saluran matanye sempit sikit n normal bagi baby yang baru lahir coz saluran darah still lagi kecik. kesian humairaa menangis masa matanye dicuci, sensei kate tak sakit pun tapi maybe dia rase tak selesa orang dok main2 ngan mata die. mak baby ni tak berani nak tengok, cukupla dengar suara anak menangis pun dah cukup pilu. nyamuk sekor gigit pun umi kejar satu bilik, ni kan pula dengar suara anak nangis. Alhamdulillah after 2nd time cuci, matanye makin baik. cepat sembuh ek sayang.

19hb ni InsyaAllah nak pegi tokyo buatkan pasport humairaa. nanti ader rezeki buleh balik mesia. bestnye, tak sampai setahun pun agi dok sini. hujan emas di negeri orang, hujan batu di mesia. best lagi mesia tau..